Monday 22 September 2014

PENIPUAN KOYAK DAN MENANG

Selamat sejahtera semua pembaca yang mulia, ni nak cerita sikit tentang pengalaman terkena dengan skim koyak dan menang. Awal september tu aku sekeluarga pergi la ke Kuantan Parade, untuk beli barangan sikit, dah biasa kat situ. Semasa lalu depan sebuah kedai elektrik , selepas saja pintu masuk, nama kedai LOVELY Family sdn bhd, ramai budak-budak promote nak bagi hadiah percuma kerana promosi barangan elektrik. Aku malas layan, tapi kesian ke dia ni, katanya muallaf baru masuk islam. Maka layanlah juga. Lepas cerita pasal barangan elektrik dia, maka dia suruh saya koyak dua sampul, utk cabutan bertuah. Bila koyak ada gambar dua barangan elekrtrik, dan satu lagi nombor 100. Muallaf  tu terkejut dan kawan kawan nya yang lain juga terkejut, buat buat terkejut, tak tau la, kerana saya dapat 2 barangan hadiah percuma, satu dapur elektrik, dan satu lagi, air purifier. Dia kata saya orang yang ketujuh dari sepuluh orang dlm malaysia. saya rasa suka sangat dan macam tak percaya, ya ke ni..... ke tipu. dah biasa dengar orang kena tipu macam ni. Saya tanya muallaf tu, jangan tipu, dia kata tak tipu. Hadiah ni boleh bawa balik. Cuma satu syarat kena beli satu barang kat sini, baru layak dapat hadiah tu. Barang harga 3000 lebih, tapi boleh bayar ansur, 50 sebulan mula 3 bulan lagi. Saya rasa ok juga. Lepas tu dia minta dokumen , kad kredit ke , kad atm sebagai guarantee saja. saya pun tunjuk kad kredit , dia kata senbagai jaminan saja utk dapat hadiah ni. Lepas tu ke na sain borang borang , dan saya perasan macam dia caj kad saya 2000 .00. Tanya dia kenapa caj, dia kata jangan bayar, nanti Hong leong bank akan refund balik, Hong leong pulak..... . baru aku sedar dah terkena. tapi sabar. Tapi saya sempat pujuk dia tunjuk ic dia, dan saya ambil gambar ic dia depan belakang.... dia pun terjerat juga.....

Tunggu oven tak sampai, last satu perempuan datang bagitahu, esok ambil oven tu, .... bayak dalih pulak. Last saya balik bawa dapur dan air purifier je....Dapur tu pulak , dah rosak , rupanya orang lain hantar untuk repair, dia bagi hadiah kpd saya... kantoi lagi muallaf , banyak dah bukti penipuan dia.
saya bincang dengan polis kawan saya , terus buat repot, repot kat tribunal tuntuttan pengguna.Tengah tunggu perbicaraan . Doakan menang.

Tengok dalam internet , rupanya tiap hari ada orang kena tipu macam ni..... tapi kedai tu masih kerja macam biasa.... tak tahu lah apa silap kerajaan....

13 comments:

  1. Salam bro,

    Masa mak aku & aku jalan2 kat kuantan parade, lalu depan kedai Lovely Family, tiba2 ada sorang budak approach mak aku suruh dtg masuk kedai ambik beg merah free, mak aku gi layan budak tu, masuk la dalam kedai tu, lpas diorang bg beg merah tu, diorang explain ada buat promosi utk seluruh Pahang, mcm cabutan bertuah guna kupon koyak, tiba2 bila mak aku bukak kupon tu, budak promoter tu buat terkejut, konon nya mak aku orang ke 3 dalam Pahang dapat bukak kupon "bertuah" tu, siap call Puan Nurul (supervisor diorang kot) nak bagitau mak aku nie dapat cabutan tu dan supervisor diorang buat2 x caya jugak. Harga barang yg diorang offer Rm 3888 water purifier percuma 2 barang lain. Aku plak pada masa tu duk cuit2 mak aku nak ajak blah tapi mak aku gi layan je, dari awal lg aku rase x sedap ati. Last2 mak aku tinggalkan duit deposit rm50. Diorang suruh mak aku letak Rm1500 dalam akaun aku (sebab mak aku x de akaun Maybank), diorang cakap suruh letak duit banyak tu dlm akaun aku (sebab mak aku suruh aku bg no akaun aku kat diorang), konon nya sbg bukti ada duit dalam akaun.

    Lusa nya, mak aku nak gi bayar, aku cakap kat mak aku x payah la beli benda2 gini, menambah komitmen nak bayar bulan2, mak aku degil jugak, org tua bro, paham2 la. Mak aku ambik duit Tabung Haji (setelah di brain wash oleh bebudak promoter tu). Letak dalam akaun aku. Mak aku gi jumpa bebudak tu lagi, diorang cakap duit rm1500 tu akan di ambik dalam masa 2-4 minggu dan x dibenarkan usik jumlah duit tu. Kalau tak, transaction cancelled. Aku pun dengan "terpaksa rela" bawak balik water purifier fujison.

    Semalam aku nak gi check gaji OT, tengok2 duit rm1500 tu dah xde, tinggal duit gaji je, OK fine. Then aku print penyata ringkas kat ATM. Memang duit diorang dah sapu. Hari nie aku tergerak hati nak Google pasal Lovely Family nie. Patut lah aku rase x sedap ati dari awal. Aku bace blog org lain pasal barang Fujison, dah ramai yg terkena. Modus operandi sama. Cuma guna nama syarikat yg berlainan seluruh Malaysia. Sila rujuk:

    http://norhidayahhashim.blogspot.com/2013/02/trust-nobody.html

    ReplyDelete
  2. Sy pn terkena jgak..tp belom bg statement bank lagi..tp sy da bg salinan ic... n da byr deposit rm50.. dia ckp klau da book kena byr smpai habis... mcm mane niee?

    ReplyDelete
  3. Sy pn terkena jgak..tp belom bg statement bank lagi..tp sy da bg salinan ic... n da byr deposit rm50.. dia ckp klau da book kena byr smpai habis... mcm mane niee?

    ReplyDelete
  4. Sy pn terkena jgak..tp belom bg statement bank lagi..tp sy da bg salinan ic... n da byr deposit rm50.. dia ckp klau da book kena byr smpai habis... mcm mane niee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun baru kena.. hilang RM500. Shakira tak yah bayar dah. Cuma boleh share kepada rerakan di sekekiling supaya lebih berhati-hati..

      Syukur kamu kena RM50. Walau pun RM50..

      Ia tetap bernilai..

      Huhuhu..

      Better sedekah kepada fakir miskin/ anak2 yatim daripada sedekah free2 kat dorang.

      Boleh baca sharing saya di sini.

      http://sakinahms.blogspot.my/2015/10/terperangkap-tektik-pukau-jualan-di-Kuantan-Parade.html

      Delete
    2. Saya pun sama, baru mggu lpas trkena...tp nasib baik byr deposit rm50 je..sepatut nya dy suruh byr deposit rm300..nasib baik trgerak hati nk search pasal LOVELY FAMILY ni...

      Delete
  5. awak camne report kt tribunal pengguna

    ReplyDelete
  6. allahurabbi, baru je terkene sat tadi.. abish melayang rm 3570. harap bank bule buat 48 bulan le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape2 yg pnh terkena jgn runsing.. Bwk kes ke tribunal tuntutan pengguna dkt daerah masing2.. Register kes.. Ikut step yg diberitahu oleh pihak tribunal.. Tgu smpai perbicaraan mahkamah.. InsyaAllah duit dorg terpaksa akan return semula.. Dgn SYARAT jgn guna brg yg dorg bg tu...kalau guna..mungkin duit dpt separuh@xdpt lgsg... Apa2 pertanyaan msg 0139629167

      Delete
    2. Sape2 yg pnh terkena jgn runsing.. Bwk kes ke tribunal tuntutan pengguna dkt daerah masing2.. Register kes.. Ikut step yg diberitahu oleh pihak tribunal.. Tgu smpai perbicaraan mahkamah.. InsyaAllah duit dorg terpaksa akan return semula.. Dgn SYARAT jgn guna brg yg dorg bg tu...kalau guna..mungkin duit dpt separuh@xdpt lgsg... Apa2 pertanyaan msg 0139629167

      Delete
  7. Kedai dh ttup dh hri nie.. sy bru prg kul 10mlm td je.. sy terkena rm2500

    ReplyDelete
  8. Sape2 yg pnh terkena jgn runsing.. Bwk kes ke tribunal tuntutan pengguna dkt daerah masing2.. Register kes.. Ikut step yg diberitahu oleh pihak tribunal.. Tgu smpai perbicaraan mahkamah.. InsyaAllah duit dorg terpaksa akan return semula.. Dgn SYARAT jgn guna brg yg dorg bg tu...kalau guna..mungkin duit dpt separuh@xdpt lgsg... Apa2 pertanyaan msg 0139629167

    ReplyDelete